Minggu, 22 Mei 2011

klorin

Klorin (daripada bahasa Yunani Chloros, bermaksud "hijau pucat"), adalah unsur kimia dengan nombor atom 17 dan simbol Cl. Ia adalah satu halogen, dijumpai di dalam jadual berkala dalam kumpulan 17. Sebagai ion klorida , yang mana ia merupakan sebahagian daripada garam biasa dan sebatian lain, secara semulajadi ia banyak dan sangat diperlukan dalam banyak bentuk kehidupan, termasuk manusia. Sebagai gas klorin, ia berwarna kuning kehijauan, yang mana beratnya dua setengah kali ganda manakala baunya sangat menyesakkan dan sangat beracun. Dalam bentuk cecair dan pepejal ia merupakan agen pengoksidaan, pelunturan, dan nyahjangkitan yang sangat efektif.

Klorin adalah bahan kimia yang penting untuk beberapa proses penulenan air, nyahjangkitan, dan dalam pelunturan. Ozon boleh juga digunakan untuk membunuh bakteria, dan ia lebih disukai oleh kebanyakan majlis perbandaran untuk digunakan dalam minuman kerana ozon tidak membentuk sebatian organoklorin dan tidak tertinggal dalam air selepas rawatan.
Klorin juga digunakan secara meluas dalam pembuatan produk sehari-harian.
  • Digunakan (dalam bentuk asid hipoklorus ) untuk membunuh bakteria dan mikrob-mikrob daripada bekalan minuman dan kolam renang. Begitupun, kebanyakan bekalan air kecil-kecilan sekarang ini diklorinkan secara rutin. Lihat pengklorinan.
  • Digunakan secara meluas di dalam pembuatan kertas, antiseptik, barangan pewarna, makanan, racun serangga, cat lukisan, produk-produk petroleum, plastik, ubat-ubatan, tekstil, pelarut, dan banyak produk pengguna yang lain.
Unsur ini dugunakan secara giat dalam kimia organik sebagai as agen pengoksidaan dan dalam tindakbalas penggantian kerana klorin biasanya memasukkan ciri-ciri yang dikehendaki dalam sebatian organik apabila ia dimasukkan untuk hidrogen (sebagai dalam pembuatan getah syntetik). Ia mempunyai afiniti electron yang paling tinggi di antara halida-halida.
Kegunaan lain adalah dalam penghasilan klorat, kloroform, karbon tetraklorida, dan dalam pengekstrakan bromin.
Klorin merengsakan sistem pernafasan terutamanya bagi kanak-kanak dan orang tua. Dalam keadaan gasnya, ia merengsa membran mukus dan dalam keadaan cecair ia boleh melecurkan kulit. Hanya dengan kepekatan 3.5 bpj ia boleh dikesan dengan bau tersendiri, tetapi dengan kepekatan 1000 ppm atau lebih barulah ia boleh membawa maut. Oleh sebab itu, klorin adalah antara gas-gas yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama sebagai gas perang. (Lihat: Penggunaan gas beracun dalam Perang Dunia Pertama)
Pendedahan kepada gas ini tidak harus melebihi 0.5 bpj (purata pemberat masa 8 jam - 40 jam seminggu).
Pendedahan akut kepada kepekatan tinggi tetapi tidak membawa maut boleh mengakibatkan edema pulmonari, atau bendalir dalam peparu, iaitu keadaan yang sangat tidak menyenangkan. Pendedahan tahap rendah yang kronik melemahkan peparu, meningkatkan kerentanan terhadap lain-lain penyakit peparu.
Wasap bertoksik mungkin akan terhasil apabila peluntur bercampur dengan air kencing, ammonia, asid hidroklorik, dan lain produk pembersih. Wasap ini terdiri daripada campuran gas klorin, kloramina dan nitrogen triklorida; maka campuran ini haruslah dielakkan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar